Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.Tuhan
Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk
kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa
Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam
Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.
Yaa Rabbi....Ajarilah kami bagaimana memberi
sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika
gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami
orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan
Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid
bin Walid radliallahu'anhum...Aamiin ya Rabbal'alamin.
Pokok Semalu sejenis tumbuhan liar yang mengecut
apabila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu.Bagi masyarakat
sebelah utara,ia lebih dikenali sebagai duri keman.
MimosaPudica
Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat
mudah dikenali Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.
Ia punya perkaitan dengan diri wanita:
Pada suatu hari,Rasulullah Shallahu 'alaihi
wassalam berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di
situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).
Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan
maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu,para wanita sekalian,kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun
ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
SEMOGA
BERMANFAAT
Sebuah renungan untukku,untukmu,untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...
Bergeraklah masuk,Buka tiap lembaran kalimat
hati,maknai,lalu tunaikanlah
Hak cipta adalah milik ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
semata.Ilmu adalah amanat ALLAH yg harus disampaikan kepada Ummah...kami hanya
menyampaikan apa yg kami miliki...
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta
sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu
untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya
basah akan cinta kepada Rabb-Nya
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
Tidak ada komentar:
Posting Komentar